Assalamu'alaikum...
Setelah berbulan-bulan aku tinggalkan blog ini, baru hari ni terbuka hati untuk update blog aku..
Bukan tak nak update...
Tapi idea untuk menaip dan bercerita belum timbul sehinggalah hari ini....
Pada post kali ini, aku ingin bercerita serba sedikit pengalaman aku ketika hari pertama melangkah ke pintu gerbang alam Universiti...
Tanggal 28 Jun 2009, hari pertama dan kali pertama aku melangkah ke sebuah gerbang ilmu yang baru dinaik taraf (ketika itu berusia 5-6 tahun) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
Aku telah mendaftar pada hari tersebut sebagai seorang mahasiswa bukan lagi pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Diploma) yang aku sambung minat aku ketika di Tingkatan 4 dan 5.
Aku rasa sangat teruja dan sangat berbangga (sedikit) kerana aku dan kakak aku menjadi cucu pertama yang melangkah ke alam gerbang Universiti.
Hari pertama kami didaftarkan di kolej kediaman Seberang Ramai khas untuk pelajar diploma.
Aku mendapat kenalan baru dari Sabah, iaitu teman sebilik dengan aku.
Kemudian, aku mendapat lagi kenalan baru dari bilik lain.
Kolej kediaman kami, bagi pelajar lelaki, umpama dua buah flat.
Setiap isi rumah boleh dimuatkan sehingga 7-8 orang. Ketika itu masih lagi 7 orang.
Aku sempat berkenalan dan bersembang sedikit-sedikit mengenai rakan-rakan sebilik aku yang lain.
Ada yang datang dari Perak, Johor, Sabah. Ada juga dari pantai timur.
Aku pada pertama kalinya sangat pemalu dan tak tahu bagaimana hendak bergaul dengan semua orang.
Hampir sebulan pertama aku di sana seorang diri dan hanya baik dengan beberapa orang sahaja.
Setelah mengharungi suka dan duka selama tiga tahun Diploma, akhirnya kini InsyaAllah cuma tunggu masa untuk berkonvo sahaja.
InsyaAllah kalau tak ada apa-apa aral yang melintang, 30 September akan menjadi tarikh hari konvo aku dan beberapa rakan yang lain yang akan berlangsung di Dewan 2020, Kangar.
Aku mula mengaktifkan diri dengan mengikuti beberapa program atau kem kepimpinan dan organisasi pertama yang aku sertai ialah menjadi Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal bagi sedang akademik 2010/2011.
Aku diberi amanat dan kepercayaan untuk menjadi dan memegang Biro Disiplin.
Aku cuba menjalankan tanggungjawab aku dengan baik dan amanah.
Alhamdulillah berkat usaha dan bantuan rakan-rakan, aku berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik (bagi pendapat aku) dan kini, pada hari ini,berlangsungnya kemasukan pelajar diploma yang baru bagi sidang akademik 2012/2013.
Kemudian aku beranikan diri dengan mengambil bahagian dalam organisasi terbesar dalam kalangan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011/2012.
Alhamdulillah aku diberi jawatan selaku exco Sukan & Rekreasi bersama dengan sahabatku yang pernah juga bersama dalam PPMS semasa aku, iaitu Syafiqah.
Aku masih lagi ingat cabaran pertama setelah berlangsungnya majlis Watikah Perlantikan kami di Tasik Timah Tasoh yang ketika itu berlakunya pergolakan politik di Mesir.
Tuanku Raja Muda Perlis telah bertitah kepada kami beberapa orang yang masih lagi stay di situ untuk pergi ke Kem 504, Rejimen Askar Melayu Diraja untuk bersama-sama baginda untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak Melayu yang menuntut ilmu di Mesir.
Alhamdulillah acara berlangsung dengan baik dan kami turut gembira apabila berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat yang belajar di sana.
Setelah bersurainya daripada acara tersebut, kami dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing menaiki trak askar yang digelar 3 tan kerana trak yang besar.
Setibanya di kolej kediaman, kami berpisah sementara dan masuk kelas dan belajar seperti seorang pelajar biasa dan berehat sebelum tibanya masa untuk dipanggil meeting bersempena dengan Festival Konvo yang akan berlangsung dalam bulan September.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan ketika membuat persiapan untuk FestKon ini, akhirnya sampai kemuncaknya berlangsung Festival Konvokesyen UniMAP dan seterusnya akan berlangsung dalam masa yang sama Istiadat Konvokesyen UniMAP.
Alhamdulillah selesai segala program mengikut perancangan yang dibuat dan segala penat lelah yang dilalui bersama.
Aku hanya mampu bercerita begini kerana kalau terlalu detail banyk pula muka surat nanti.
Setelah tamatnya FestKon, aku dan sahabat yang lain menyibukkan diri pula dengan pelajaran.
Bagi aku dan sahabat aku yang memegang jawatan bagi konstitusi Diploma, kami perlu menyiapkan Final Year Project yang semestinya masih belum siap dek kerana terlalu sibuk dengan FestKon.
Alhamdulillah aku sempat siapkan projek aku dengan bantuan daripada supervisor aku iaitu Encik Pungut.
Walaupun aku masih belum siap, tapi beliau tetap bersabar dan memberi galakan supaya aku dapat siapkan projek aku ini tepat pada masanya walaupun hakikatnya terlambat satu minggu. Begitu juga dengan laporan FYP aku.
Aku berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah kerana aku terlalu sibuk dengan kerja MPP. Tapi sebaliknya aku yang tidak pandai menguruskan masa dengan sempurna.
Guru yang paling setia adalah pengalaman. Aku belajar untuk mendewasakan diri dan mematangkan fikiran melalui pengalaman aku dan pergaulan aku dengan rakan-rakan yang lebih tua daripada aku.
Alhamdulillah aku berubah sedikit demi sedikit.
Akhirnya aku menjadi diri aku yang sekarang ini.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya yang mengubah nasibnya sendiri.
Sekarang banyak pelajaran dan pengalaman yang aku dapat setelah bergelar MPP dan sehingga hari ini aku masih lagi memegang jawatan MPP kerana dilanjutkan atas sebab PRK akan dilangsungkan pada bulan September tahun ini.
Pada masa yang sama, pada 2 September 2012, UniMAP akan menerima pelajar baru bagi aliran Ijazah, Master dan PHD sidang akademik 2012/2013.
InsyaAllah jika ada rezeki, aku akan sambung di UniMAP lagi.
Berkemungkinan besar aku akan cuba bertanding lagi. Siapa tahu?
Wallahu'alam.
InsyaAllah.....
Setakat ini sahaja cerita aku yang serba ringkas ini...InsyaAllah....
Assalamu'alaikum....:)
Comments from pYzam.com
No comments:
Post a Comment
Assalamu'alaikum dan salam 1 Malaysia..
Singgah-singgahlah yer...
InsyaAllah komen anda akan dilayan...
Kalau tak nak komen, LIKE or SHARE je...
Nanti singgah lagi...