Saturday, 23 June 2012

Perbualan....


L: Adui.. Apesal la orang suka sangat menyibuk pasal hal aku. Aku pakai seksi tak semestinya aku ni jahat. Ape, diorang ingat pakai tudung ni confirm masuk syurga ke? Cisss…!

L: Assalamu’alaikum, saudari. Nie apesal mengeluh nie? Maaf yer sebab saya komen status awak nie. Saje nak menyibuk. Tak salah kan?

W: Wa’alaikumussalam… Xde, saya tengah bengang ni. Ramai orang dok kutuk-kutuk saya. Diorang suruh saya tutup aurat. Tapi diorang tu, macamlah baik sangat. Tutup aurat, confirm masuk syurga ke? Hek’eleh..

L: Laa.. Eloklah tu mereka tegur demi kebaikan awak. Lagipun, yang pasti, orang yang tidak tutup aurat tu mesti masuk neraka. Sebab mereka langgar perintah Allah. Kan?

W: Alah.. Orang yang pakai tudung labuh tu macam la takkan buat dosa… Cakap je lebih, tapi kuat mengumpat orang, kutuk orang, sakitkan hati orang… Diorang pun buat dosa jugak. Bukannya diorang tu maksum!

L: Bukan macam tu. Tutup aurat tidak ada kena mengena dengan perangai baik atau buruk. Ia adalah perintah Allah. Kenapa kita hanya taat kepada sebahagian perintah Allah dan meninggalkan perintah Allah yang lain?
Begitu juga dengan perintah menutup aurat bagi lelaki dan wanita.. Bila Allah suruh manusia menutup aurat, ada manusia yang tidak mahu mengikut perintahNya. Mereka menyalahkan perkara lain pulak, padahal ia perintah yang wajib…

W: Hai awak nie… Macamlah awak tu bagus sangat sampai nak tegur-tegur saya. Awak tu dah cukup baik ke nak tegur-tegur orang nie? Entah-entah awak tu sendiri yang tak tutup aurat!

L: Kenapa pula awak cakap macam tu? Nabi s.a.w. tidak pernah larang pun umatnya untuk berdakwah kepada sesiapa saja, terutamanya menegur orang yang sedang melakukan maksiat. Bukankah dakwah itu satu tuntutan?
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Jadi, selagi kita ini seorang Islam,wajiblah ke atas kita untuk mencegah kemungkaran. Bukan saja mendapat pahala, malah ia boleh menjadi peingatan buat diri sendiri secara tidak langsung. Tidak kira kita baik atau jahat, kita mesti berdakwah….

W: Wajib ke berdakwah? Padahal kita nie bukannnya prang yang berilmu pun. Lagipun, awak tu dah pandai sangat ke? Awak tu ustaz ke?

L: Bukanlah… Saya bukan seorang Ustaz, tetapi Al-Quran, hadith, ijmak dan qias ulama’ adalah ‘kompas’ saya untuk meneruskan hidup demi mencari keredhaan Allah dengan menurut perintahNya….

W: Ermmm…… (Tersentak malu) Tapi, walaupun kitorang ni seksi dan tidak menutup aurat, kitorang baik ape… Ada yang pakai tudung tapi lagi jahat daripada kitorang, tau tak?

L: Betul ke hati yang baik itu mampu menjamin maruah awak sebagai wanita kalau awak tidak menutup aurat? Adakah awak pasti sempurna iman awak tanpa melaksanakan salah satu tuntutan menutup aurat yang wajib ini?

W: Awak nie sengaja nak sakitkan hati saya ke? Iman ke, ape ke, itu antara kami dengan Allah. Kami nak pakai ketat ke, seksi ke, itu hak kami! Kalau tak suka, jangan tengok!

L: Memanglah itu antara awak dengan Allah, tapi awak takde hak untuk tunjuk aurat awak kepada lelaki bukan mahram, kerana kita semua adalah milik Allah. Lagipun, saya nak Tanya, awak boleh jamin ke kami yang lelaki ni mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan nafsu yang membuak-buak apabila memandang tubuh badan kamu? Wow… Saya sendiri pun belum tentu dapat menahan godaan syaitan yang sentiasa menggoda kami..

W: Lelaki yang gatak! Kitorang pakai seksi sikit pun takkan korang tak tahan dengan godaan? Terpulang kepada orang yang memandang juga lah, kan? Siapa yang suruh pandang? Kitorang tak suruk tengok pun!!!

L: Janganlah marah. Saya tegur demi kebaikan awak. Takde niat apa-apa. Lagipun, walaupun korang tak rasa korang seksi, mendedahkan aurat kepada lelaki ajnabi itu tetap berdosa.

W: Tau pun takut… Alahhh tak luak pun dosa dan pahala kami, sebab kami pun masih tetap menunaikan solat dan berpuasa. Bukannya takde amal apa-apa langsung…~

L: Tak baik cakap macam tu… Kita tidak tahu adakah amalan-amalan kita diterima oleh Allah atau tidak. Apatah lahi kalau kita sering berbuat dosa secara berterusan. Adakah awak boleh jamin yang awak boleh memperoleh syurga kelak?

W: Itu…… Ermm memanglah… Tapi dosa dan pahala, kami sendiri yang tanggung. So, jangan risaulah yer. Kami tak susahkan hidup orang lain pun!

L: Awak silap. Pada awak, awak tidak menyusahkan sesiapa. Tapi hakikatnya, awak sebenarnya dah menyusahkan ibu dan bapa yang menanggung awak serta orang lain yang memandang awak yang sedang mendedahkan aurat.

W: Aik? Ape kena mengena saya dengan mereka? Saya tak susahkan mak bapak saya pun! Saya tak pernah mintak duit daripada mereka. Baik kan saya? Dan apa kena mengena dengan orang lain plak? Nonsense!

L: Memang ada kena mengena! Sebab awaklah yang tidak ada kesedaran untuk berubah, awak sebenarnya akan menarik ibu dan bapa awak yang tidak pernah menegur awak untuk masuk ke dalam neraka. Juga kerana awak, orang lain yang memandang aurat yang awak sengaja dedahkan kepada mereka sampai mereka tidak mahu melepaskan pandangan mereka dari memerhatikan tubuh badan awak tu. Itu semua kerana awak yang tidak ada kesedaran tentang ini!

W: Mak…. Ayah…. Kawan-kawan…. Costumer…. Orang ramai…. Gulp…!
Huh! Apa pun, ini antara kami dengan Tuhan! Manusia tidak layak menilai! Dan Allah itu Maha Pengampun, kan? Jadi, kami akan bertaubatlah bila sampai SERU… Taak payah risaulah….!

L: Banyak perkara yang patut awak risaukan. Pertama, adakah awak fikir dengan melakukan maksiat kepada Allah secara berterusan, Allah akan redha dengan perbuatan-perbuatan dosa awak?
Kedua, adakah awak tidak takut mati? Bukankah mati ini tidak mengenal usia? Lebih teruk lagi, adakah awak yakin awak sempat bertaubat sebelum awak mati kelak?
Ketiga, berani ke awak nak menghadapi malaikat munkar dan nakir di dalam alam kubur nanti? Awak berani ke nak jawab macam yang awak menjawab kat saya tadi?

W: Awak jangan nak takutkan saya dan tuduh saya yang bukan-bukan, ok? Saya tak lawan perintah Allah pun! Saya Cuma tak tutup aurat! Saya selesa begini!

L: Nasib baik la kau ni comel…. Kalau tak, aku jentik dah ni…

W: Apa dia?????

L: Hahaha… Taka da apa-apa. Saja nak tenangkan keadaan. Saya tak tuduh awak pun, sebab awak memang terang-terang tidak mahu ikut perintah Allah….

W: Ok… Ok… Saya mengaku, memang saya salah. Ok, saya terima nasihat awak. Tapi, perlu ke berubah secara drastic? Slow-slow tak boleh ke? Janganlah paksa…

L: Boleh. Tapi awak rasa cukup ke tutup aurat bahagian atas je, tapi lengan, d……dada, leher, kaki awak tu? Kan lebih elok awak pakai pakaian yang benar-benar menutup aurat dengan sempurna?

W: Pulak dah… Saya bukan taknak berubah terus, tapi takut orang kata saya ni hipokrit kerana tak ikhlas untuk menutup aurat. Macam mana? Saya tak nak otang kata saya ni munafik!

L: Awak janganlah fikir begitu. Awak perlu yakin dan ikhlaskan hati… Sebab kalau itulah alas an awak untuk tidak menutup aurat, sebenarnya awaklah yang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam…

W: ……………. (Diam seribu bahasa)

L: Tetapi awak janganlah ambil hati akan apa yang saya katakana. Saya Cuma mahu awak fikirkan apa yang saya katakan tadi. Percayalah awak mampu berubah menjadi orang yang lebih baik selepas ini… InsyaAllah…
Assalamu’alaikum..

W: Wa’alaikumussalam.. (tersipu malu)

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

No comments:

Post a Comment

Assalamu'alaikum dan salam 1 Malaysia..
Singgah-singgahlah yer...
InsyaAllah komen anda akan dilayan...
Kalau tak nak komen, LIKE or SHARE je...
Nanti singgah lagi...