Thursday, 21 June 2012

Ayat pikat wanita... ^_^


Secara asasnya terdapat 3 kategori ayat-ayat mengorat iaitu pertama Ayat Mengorat Berlapis, kedua Ayat Mengorat Romantis, dan ketiga Ayat Mengorat Terus Terang. Antara ketiga-tiga kategori ini anda mungkin tergolong dalam kategori manakah?

Ayat mengorat adalah sangat penting untuk seseorang itu memulakan perhubungan cinta. Ayat mengorat juga merupakan langkah pertama bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan cintanya. Tanpa ayat mengorat anda mungkin susah untuk mendapatkan cinta. Mungkin lebih baik bercinta selepas kahwin jikalau anda tidak pandai menggunakan ayat mengorat.

Berikut adalah 3 kategori ayat-ayat mengorat:

Ayat Mengorat Berlapis

Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengorat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

1 comment:

Assalamu'alaikum dan salam 1 Malaysia..
Singgah-singgahlah yer...
InsyaAllah komen anda akan dilayan...
Kalau tak nak komen, LIKE or SHARE je...
Nanti singgah lagi...