Monday, 2 July 2012

I wish....


Assalamu'alaikum...
I wish I will be an engineer...
I wish I can support my family...
I wish I can have a great job with great salary...
I wish I can have a big house for my parent and for me...
I wish I can have a nice wife...
I wish I can tell someone that I love her totally...
I wish I can tell her that I'm madly in love with her...
I wish she will the best wife for me...
I wish I will have kids that would be the next future leader...
I wish I can have all of this before I die...
I wish I will die in the hug of my parent and my wife...
I wish...

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Saturday, 23 June 2012

Perbualan....


L: Adui.. Apesal la orang suka sangat menyibuk pasal hal aku. Aku pakai seksi tak semestinya aku ni jahat. Ape, diorang ingat pakai tudung ni confirm masuk syurga ke? Cisss…!

L: Assalamu’alaikum, saudari. Nie apesal mengeluh nie? Maaf yer sebab saya komen status awak nie. Saje nak menyibuk. Tak salah kan?

W: Wa’alaikumussalam… Xde, saya tengah bengang ni. Ramai orang dok kutuk-kutuk saya. Diorang suruh saya tutup aurat. Tapi diorang tu, macamlah baik sangat. Tutup aurat, confirm masuk syurga ke? Hek’eleh..

L: Laa.. Eloklah tu mereka tegur demi kebaikan awak. Lagipun, yang pasti, orang yang tidak tutup aurat tu mesti masuk neraka. Sebab mereka langgar perintah Allah. Kan?

W: Alah.. Orang yang pakai tudung labuh tu macam la takkan buat dosa… Cakap je lebih, tapi kuat mengumpat orang, kutuk orang, sakitkan hati orang… Diorang pun buat dosa jugak. Bukannya diorang tu maksum!

L: Bukan macam tu. Tutup aurat tidak ada kena mengena dengan perangai baik atau buruk. Ia adalah perintah Allah. Kenapa kita hanya taat kepada sebahagian perintah Allah dan meninggalkan perintah Allah yang lain?
Begitu juga dengan perintah menutup aurat bagi lelaki dan wanita.. Bila Allah suruh manusia menutup aurat, ada manusia yang tidak mahu mengikut perintahNya. Mereka menyalahkan perkara lain pulak, padahal ia perintah yang wajib…

W: Hai awak nie… Macamlah awak tu bagus sangat sampai nak tegur-tegur saya. Awak tu dah cukup baik ke nak tegur-tegur orang nie? Entah-entah awak tu sendiri yang tak tutup aurat!

L: Kenapa pula awak cakap macam tu? Nabi s.a.w. tidak pernah larang pun umatnya untuk berdakwah kepada sesiapa saja, terutamanya menegur orang yang sedang melakukan maksiat. Bukankah dakwah itu satu tuntutan?
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Jadi, selagi kita ini seorang Islam,wajiblah ke atas kita untuk mencegah kemungkaran. Bukan saja mendapat pahala, malah ia boleh menjadi peingatan buat diri sendiri secara tidak langsung. Tidak kira kita baik atau jahat, kita mesti berdakwah….

W: Wajib ke berdakwah? Padahal kita nie bukannnya prang yang berilmu pun. Lagipun, awak tu dah pandai sangat ke? Awak tu ustaz ke?

L: Bukanlah… Saya bukan seorang Ustaz, tetapi Al-Quran, hadith, ijmak dan qias ulama’ adalah ‘kompas’ saya untuk meneruskan hidup demi mencari keredhaan Allah dengan menurut perintahNya….

W: Ermmm…… (Tersentak malu) Tapi, walaupun kitorang ni seksi dan tidak menutup aurat, kitorang baik ape… Ada yang pakai tudung tapi lagi jahat daripada kitorang, tau tak?

L: Betul ke hati yang baik itu mampu menjamin maruah awak sebagai wanita kalau awak tidak menutup aurat? Adakah awak pasti sempurna iman awak tanpa melaksanakan salah satu tuntutan menutup aurat yang wajib ini?

W: Awak nie sengaja nak sakitkan hati saya ke? Iman ke, ape ke, itu antara kami dengan Allah. Kami nak pakai ketat ke, seksi ke, itu hak kami! Kalau tak suka, jangan tengok!

L: Memanglah itu antara awak dengan Allah, tapi awak takde hak untuk tunjuk aurat awak kepada lelaki bukan mahram, kerana kita semua adalah milik Allah. Lagipun, saya nak Tanya, awak boleh jamin ke kami yang lelaki ni mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan nafsu yang membuak-buak apabila memandang tubuh badan kamu? Wow… Saya sendiri pun belum tentu dapat menahan godaan syaitan yang sentiasa menggoda kami..

W: Lelaki yang gatak! Kitorang pakai seksi sikit pun takkan korang tak tahan dengan godaan? Terpulang kepada orang yang memandang juga lah, kan? Siapa yang suruh pandang? Kitorang tak suruk tengok pun!!!

L: Janganlah marah. Saya tegur demi kebaikan awak. Takde niat apa-apa. Lagipun, walaupun korang tak rasa korang seksi, mendedahkan aurat kepada lelaki ajnabi itu tetap berdosa.

W: Tau pun takut… Alahhh tak luak pun dosa dan pahala kami, sebab kami pun masih tetap menunaikan solat dan berpuasa. Bukannya takde amal apa-apa langsung…~

L: Tak baik cakap macam tu… Kita tidak tahu adakah amalan-amalan kita diterima oleh Allah atau tidak. Apatah lahi kalau kita sering berbuat dosa secara berterusan. Adakah awak boleh jamin yang awak boleh memperoleh syurga kelak?

W: Itu…… Ermm memanglah… Tapi dosa dan pahala, kami sendiri yang tanggung. So, jangan risaulah yer. Kami tak susahkan hidup orang lain pun!

L: Awak silap. Pada awak, awak tidak menyusahkan sesiapa. Tapi hakikatnya, awak sebenarnya dah menyusahkan ibu dan bapa yang menanggung awak serta orang lain yang memandang awak yang sedang mendedahkan aurat.

W: Aik? Ape kena mengena saya dengan mereka? Saya tak susahkan mak bapak saya pun! Saya tak pernah mintak duit daripada mereka. Baik kan saya? Dan apa kena mengena dengan orang lain plak? Nonsense!

L: Memang ada kena mengena! Sebab awaklah yang tidak ada kesedaran untuk berubah, awak sebenarnya akan menarik ibu dan bapa awak yang tidak pernah menegur awak untuk masuk ke dalam neraka. Juga kerana awak, orang lain yang memandang aurat yang awak sengaja dedahkan kepada mereka sampai mereka tidak mahu melepaskan pandangan mereka dari memerhatikan tubuh badan awak tu. Itu semua kerana awak yang tidak ada kesedaran tentang ini!

W: Mak…. Ayah…. Kawan-kawan…. Costumer…. Orang ramai…. Gulp…!
Huh! Apa pun, ini antara kami dengan Tuhan! Manusia tidak layak menilai! Dan Allah itu Maha Pengampun, kan? Jadi, kami akan bertaubatlah bila sampai SERU… Taak payah risaulah….!

L: Banyak perkara yang patut awak risaukan. Pertama, adakah awak fikir dengan melakukan maksiat kepada Allah secara berterusan, Allah akan redha dengan perbuatan-perbuatan dosa awak?
Kedua, adakah awak tidak takut mati? Bukankah mati ini tidak mengenal usia? Lebih teruk lagi, adakah awak yakin awak sempat bertaubat sebelum awak mati kelak?
Ketiga, berani ke awak nak menghadapi malaikat munkar dan nakir di dalam alam kubur nanti? Awak berani ke nak jawab macam yang awak menjawab kat saya tadi?

W: Awak jangan nak takutkan saya dan tuduh saya yang bukan-bukan, ok? Saya tak lawan perintah Allah pun! Saya Cuma tak tutup aurat! Saya selesa begini!

L: Nasib baik la kau ni comel…. Kalau tak, aku jentik dah ni…

W: Apa dia?????

L: Hahaha… Taka da apa-apa. Saja nak tenangkan keadaan. Saya tak tuduh awak pun, sebab awak memang terang-terang tidak mahu ikut perintah Allah….

W: Ok… Ok… Saya mengaku, memang saya salah. Ok, saya terima nasihat awak. Tapi, perlu ke berubah secara drastic? Slow-slow tak boleh ke? Janganlah paksa…

L: Boleh. Tapi awak rasa cukup ke tutup aurat bahagian atas je, tapi lengan, d……dada, leher, kaki awak tu? Kan lebih elok awak pakai pakaian yang benar-benar menutup aurat dengan sempurna?

W: Pulak dah… Saya bukan taknak berubah terus, tapi takut orang kata saya ni hipokrit kerana tak ikhlas untuk menutup aurat. Macam mana? Saya tak nak otang kata saya ni munafik!

L: Awak janganlah fikir begitu. Awak perlu yakin dan ikhlaskan hati… Sebab kalau itulah alas an awak untuk tidak menutup aurat, sebenarnya awaklah yang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam…

W: ……………. (Diam seribu bahasa)

L: Tetapi awak janganlah ambil hati akan apa yang saya katakana. Saya Cuma mahu awak fikirkan apa yang saya katakan tadi. Percayalah awak mampu berubah menjadi orang yang lebih baik selepas ini… InsyaAllah…
Assalamu’alaikum..

W: Wa’alaikumussalam.. (tersipu malu)

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Thursday, 21 June 2012

Ayat pikat wanita... ^_^


Secara asasnya terdapat 3 kategori ayat-ayat mengorat iaitu pertama Ayat Mengorat Berlapis, kedua Ayat Mengorat Romantis, dan ketiga Ayat Mengorat Terus Terang. Antara ketiga-tiga kategori ini anda mungkin tergolong dalam kategori manakah?

Ayat mengorat adalah sangat penting untuk seseorang itu memulakan perhubungan cinta. Ayat mengorat juga merupakan langkah pertama bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan cintanya. Tanpa ayat mengorat anda mungkin susah untuk mendapatkan cinta. Mungkin lebih baik bercinta selepas kahwin jikalau anda tidak pandai menggunakan ayat mengorat.

Berikut adalah 3 kategori ayat-ayat mengorat:

Ayat Mengorat Berlapis

Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengorat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Tuesday, 19 June 2012

Dream...


Assalamu'alaikum...
Setiap insan mempunyai satu atau lebih cita-cita dalam hidup...
Aku sendiri ada cita-cita atau impian hidup...
Waktu kecil sampai sekarang,cita-cita aku yang satu ni memang tak berubah...
Ingin berjaya dalam hidup dan dapat rezeki dari usaha diri sendiri...
Menjadi cikgu atau tenaga pengajar merupakan cita-cita aku...
Tapi sayang,aku terlupa mohon ketika isi UPU online...
Aku teruskan niat dan cita-cita untuk menjadi seorang Engineer...

Engineer dalam bidang Elektrik

Kalau ada rezeki lebih,aku nak buka bisnes kecil-kecilan sebagai dana sampingan aku...
Tapi belum ada idea bisnes apa yang aku nak buka...
Melihatkan zaman sekarang,pelbagai bisnes yang telah pon wujud dan berkembang...
Soal persaingan yang menjadi permasalahan...
Aku perlu cipta sesuatu yang baru...
Lain daripada yang lain...
Tapi belum ada idea...
Mungkin satu hari nanti aku akan dapat idea yang outstanding...
Tak ada siapa yang akan tahu melainkan Allah...
InsyaAllah,satu hari nanti aku akan ada satu kerjaya yang dapat membantu aku menolong ibu bapa aku...
Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan... :)
Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Monday, 18 June 2012

Bosan....


Assalamu'alaikum....
Sekarang aku dok rumah ja...
Cari keja susah nak dapat...
Mungkin belum ada rezeki...
Lagipon, syarikat mana yang nak bagi gaji untuk orang yang nak keja tak sampai 3 bulan kan?
Orang cakap kalau dok rumah,keja makan tidur....
Betullah kot kan?
Tapi,dalam masa yang sama,aku tolong umi dan abah aku...
Tambah sekarang ni musim EURO 2012 kan?



Aku memang tak lepas untuk tengok perlawanan EURO ni...
Aku target tahun ni Germany akan bawa balik trofi EURO daripada Spain....
Permainan Germany consistent sampai habis perlawanan peringkat kumpulan...
Satu-satunya kumpulan yang kutip 9 markah penuh!
Belanda pulak,satu-satunya kumpulan sasaran yang tak kutip markah langsung!
Jangan marah kepada peminat Belanda...
Setiap perlawanan ada menang dan kalah...



Apa-apa pon,jangan kita lupa nak tonton perlawanan Piala Liga-liga Malaysia....
Sokongan kat luar tu memang tak dinafikan...
Tapi jangan lupa bagi sokongan kat pasukan Harimau Malaya yang akan memulakan Piala Suzuki AFF nanti...
Bagi setiap negeri,sokong negeri kesayangan anda...
Tanpa kita,siapalah mereka....
Tanpa mereka,nama Malaysia tak harum kat persada dunia...
Sama-samalah kita sokong ye? :)
Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Friday, 8 June 2012

Graduation...


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah...
Keputusan peperiksaan kuratif yang aku hadapi pada bulan Mei lepas telah melayakkan aku bergraduasi pada bulan September tahun ini...
Tidak sia-sia usaha aku walaupun hanya sempat belajar beberapa hari sahaja dengan pensyarah aku, aku tetap dapat manfaat daripada pembelajaran bersama pensyarah aku...
Aku ingin berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak mengajar aku dan rakan-rakan aku sepanjang tiga tahun melayan kerenah gila-gila kami...
Akhirnya dapat juga aku sambung pengajian aku di peringkat ijazah...
Tidak lupa juga kepada doa dan semangat yang diberikan oleh keluargaku...
Alhamdulillah...





   
Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Sunday, 3 June 2012

Kehidupan Diploma...







       

Assalamu'alaikum...
Setelah berbulan-bulan aku tinggalkan blog ini, baru hari ni terbuka hati untuk update blog aku..
Bukan tak nak update...
Tapi idea untuk menaip dan bercerita belum timbul sehinggalah hari ini....
Pada post kali ini, aku ingin bercerita serba sedikit pengalaman aku ketika hari pertama melangkah ke pintu gerbang alam Universiti...

Tanggal 28 Jun 2009, hari pertama dan kali pertama aku melangkah ke sebuah gerbang ilmu yang baru dinaik taraf (ketika itu berusia 5-6 tahun) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
Aku telah mendaftar pada hari tersebut sebagai seorang mahasiswa bukan lagi pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Diploma) yang aku sambung minat aku ketika di Tingkatan 4 dan 5.
Aku rasa sangat teruja dan sangat berbangga (sedikit) kerana aku dan kakak aku menjadi cucu pertama yang melangkah ke alam gerbang Universiti.

Hari pertama kami didaftarkan di kolej kediaman Seberang Ramai khas untuk pelajar diploma.
Aku mendapat kenalan baru dari Sabah, iaitu teman sebilik dengan aku.
Kemudian, aku mendapat lagi kenalan baru dari bilik lain.
Kolej kediaman kami, bagi pelajar lelaki, umpama dua buah flat.
Setiap isi rumah boleh dimuatkan sehingga 7-8 orang. Ketika itu masih lagi 7 orang.
Aku sempat berkenalan dan bersembang sedikit-sedikit mengenai rakan-rakan sebilik aku yang lain.
Ada yang datang dari Perak, Johor, Sabah. Ada juga dari pantai timur.
Aku pada pertama kalinya sangat pemalu dan tak tahu bagaimana hendak bergaul dengan semua orang.
Hampir sebulan pertama aku di sana seorang diri dan hanya baik dengan beberapa orang sahaja.

Setelah mengharungi suka dan duka selama tiga tahun Diploma, akhirnya kini InsyaAllah cuma tunggu masa untuk berkonvo sahaja.
InsyaAllah kalau tak ada apa-apa aral yang melintang, 30 September akan menjadi tarikh hari konvo aku dan beberapa rakan yang lain yang akan berlangsung di Dewan 2020, Kangar.

Aku mula mengaktifkan diri dengan mengikuti beberapa program atau kem kepimpinan dan organisasi pertama yang aku sertai ialah menjadi Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal bagi sedang akademik 2010/2011.
Aku diberi amanat dan kepercayaan untuk menjadi dan memegang Biro Disiplin.
Aku cuba menjalankan tanggungjawab aku dengan baik dan amanah.
Alhamdulillah berkat usaha dan bantuan rakan-rakan, aku berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik (bagi pendapat aku) dan kini, pada hari ini,berlangsungnya kemasukan pelajar diploma yang baru bagi sidang akademik 2012/2013.

Kemudian aku beranikan diri dengan mengambil bahagian dalam organisasi terbesar dalam kalangan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011/2012.
Alhamdulillah aku diberi jawatan selaku exco Sukan & Rekreasi bersama dengan sahabatku yang pernah juga bersama dalam PPMS semasa aku, iaitu Syafiqah.
Aku masih lagi ingat cabaran pertama setelah berlangsungnya majlis Watikah Perlantikan kami di Tasik Timah Tasoh yang ketika itu berlakunya pergolakan politik di Mesir.
Tuanku Raja Muda Perlis telah bertitah kepada kami beberapa orang yang masih lagi stay di situ untuk pergi ke Kem 504, Rejimen Askar Melayu Diraja untuk bersama-sama baginda untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak Melayu yang menuntut ilmu di Mesir.
Alhamdulillah acara berlangsung dengan baik dan kami turut gembira apabila berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat yang belajar di sana.
Setelah bersurainya daripada acara tersebut, kami dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing menaiki trak askar yang digelar 3 tan kerana trak yang besar.

Setibanya di kolej kediaman, kami berpisah sementara dan masuk kelas dan belajar seperti seorang pelajar biasa dan berehat sebelum tibanya masa untuk dipanggil meeting bersempena dengan Festival Konvo yang akan berlangsung dalam bulan September.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan ketika membuat persiapan untuk FestKon ini, akhirnya sampai kemuncaknya berlangsung Festival Konvokesyen UniMAP dan seterusnya akan berlangsung dalam masa yang sama Istiadat Konvokesyen UniMAP.
Alhamdulillah selesai segala program mengikut perancangan yang dibuat dan segala penat lelah yang dilalui bersama.
Aku hanya mampu bercerita begini kerana kalau terlalu detail banyk pula muka surat nanti.
Setelah tamatnya FestKon, aku dan sahabat yang lain menyibukkan diri pula dengan pelajaran.

Bagi aku dan sahabat aku yang memegang jawatan bagi konstitusi Diploma, kami perlu menyiapkan Final Year Project yang semestinya masih belum siap dek kerana terlalu sibuk dengan FestKon.
Alhamdulillah aku sempat siapkan projek aku dengan bantuan daripada supervisor aku iaitu Encik Pungut.
Walaupun aku masih belum siap, tapi beliau tetap bersabar dan memberi galakan supaya aku dapat siapkan projek aku ini tepat pada masanya walaupun hakikatnya terlambat satu minggu. Begitu juga dengan laporan FYP aku.

Aku berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah kerana aku terlalu sibuk dengan kerja MPP. Tapi sebaliknya aku yang tidak pandai menguruskan masa dengan sempurna.
Guru yang paling setia adalah pengalaman. Aku belajar untuk mendewasakan diri dan mematangkan fikiran melalui pengalaman aku dan pergaulan aku dengan rakan-rakan yang lebih tua daripada aku.
Alhamdulillah aku berubah sedikit demi sedikit.
Akhirnya aku menjadi diri aku yang sekarang ini.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya yang mengubah nasibnya sendiri.
Sekarang banyak pelajaran dan pengalaman yang aku dapat setelah bergelar MPP dan sehingga hari ini aku masih lagi memegang jawatan MPP kerana dilanjutkan atas sebab PRK akan dilangsungkan pada bulan September tahun ini.

Pada masa yang sama, pada 2 September 2012, UniMAP akan menerima pelajar baru bagi aliran Ijazah, Master dan PHD sidang akademik 2012/2013.
InsyaAllah jika ada rezeki, aku akan sambung di UniMAP lagi.
Berkemungkinan besar aku akan cuba bertanding lagi. Siapa tahu?
Wallahu'alam.
InsyaAllah.....
Setakat ini sahaja cerita aku yang serba ringkas ini...InsyaAllah....

Assalamu'alaikum....:)


Experiences
Comments from pYzam.com








   
Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Tuesday, 24 January 2012

Going to New Zealand....


Hai...setelah lama ku meninggalkan blog ini,akhirnya hari ini aku datang untuk menulis kembali blog aku...
Setelah beberapa bulan berlalu,setelah tamatnya Festival Konvokesyen ke-6 UniMAP,
dan setelah tamatnya peperiksaan akhir semester ke-5 aku di UniMAP,
setelah beberapa bulan cuti dan bermulanya praktikal di Prai pada tarikh 1 Disember,
baru hari ini aku akan ceritakan apa yang akan berlaku...
Tarikh keramat 28 Januari 2012 merupakan antara tarikh bersejarah untuk aku...
Pada 29 Disember 2012 ini aku akan bertolak dari LCCT Kuala Lumpur
bersama beberapa sahabat aku yang lain dan beberapa orang Staf UniMAP,
tidak lupa juga Dato' Naib Canselor UniMAP,
akan bertolak ke New Zealand untuk mengikuti program kepimpinan di sana dan juga perjanjian Memorandum Of Agreement (MOA) between UniMAP with University of Canterbury and University of Otago .......
Doakan perjalanan kami dipermudahkan sampai ke sana dan selamat sepanjang berada disana
dan doakan perjalanan kami selamat pulang ke tanah air.....
Aku dan sahabat-sahabat aku akan membawa nama UniMAP dan Malaysia ke persada antarabangsa....
InsyaAllah.....:)



Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^