Saturday, 30 July 2011

Cara nak lupakan orang yang pernah bertakhta di hati??


 
Jika putus cinta atau bercerai tentu ramai yang merana kerananya. kecuali jika anda seorang yang kuat semangat.
Ataupun jika anda merasa senang untuk mendapatkan pengganti.
Bukan mudah nak mengambil keputusan untuk bercerai terutama jika ada anak-anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.
Tetapi jika sudah tidak boleh lagi nak dielakkan maka anda harus berusaha untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami.
Yang paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang dihati sebab setelah lama hidup bersama tentu sudah banyak suka duka yang dilalui.
Cara-cara berikut mungkin boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami :
1. Anggap dia tidak pernah wujud.
Ini mungkin susah sikit jika anda mempunyai anak. Maksudnya walaupun anda mempunyai anak dengan bekas suami anda mestillah kuatkan hati dan anggap semuanya tidak pernah berlaku. Bukannya untuk menidakkan hak suami untuk bersama dengan anak. Lebih mudah untuk melupaka bekas suami atau bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu.
Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan terkena pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Aggap sajalah dia tidak pernah wujud dalam hidup anda, dan kalau anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah..! Tapi jangan harap dia akan berubah 100%.
2. Tutup buku.
Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahwa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.
3. Jangan hubunginya lagi.
Ini satu perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menamatkan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius.
Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti.
Memang susah untuk melupakan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. jangan ber SMS atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.
4. Sibukkan diri.
Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gim atau berjoging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati yang anda tak berkesempatan untuk ikuti dahulu.
Jika anda rajin ke gim tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan cantik, dan tak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan lebih cepat. Kalau takpun sekurang-kurangnya anda akan merasa sentiasa sihat dan cergas.
5. Lupakan semuanya.
Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu?
Mungkin dia sedang bersenang-senang dengan orang lain apagunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Belajarlah menjadi orang yang kuat pada hati dan tubuh badan.
6. Jauhi kawan-kawannya.
Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri anda sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama.
Hal ini memerlukan masa tetapi jika anda cekal anda mampu melakukannya.
Biarlah hal ini berlalu dan anda jangan jadi orang yang lemah semangat dan jadi gila talak. Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
7. Jangan simpan barang-barangnya.
Apabila anda sudah maju kehadapan jangan sesekali berpatah balik atau menoleh kebelakang lagi. Apabila anda mulai mengingati kembali kenangan-kenangan bersamanya, apa sahaja barangan yang diberikan atau gambar-gambar ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya.
Simpan saja gambar-gambar kenangan tersebut disebuah tempat yang berkunci dan jangan sesekali melihatnya kembali.
8. Keluar bersama kawan-kawan atau anak-anak.
Kenangan seringkali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma kita takkan merasa kuat untuk menahannya.
Tetapi hal ini dapat diatasi jika anda benar-benar mahu melupakan segala perbuatannya yang menyakitkan hati anda.
Keluarlah dengan kawan-kawan atau ajaklah anak-anak pergi bercuti ketempat-tempat yang anda tak pernah pergi. Mungkin hal itu akan dapat membuatkan anda melupakannya, jangan pulak menjadi sedih kerana anda tak dapat lagi bercuti dengannya.
Buang jauh-jauh bayangan dirinya, dan hadapi hidup yang baru. Anda mampu melaluinya jika anda mahu dan anda harus bersedia untuk itu.
9. Pergi beriadah.
Mungkin sewaktu anda masih bersama dengannya anda tak pernah atau jarang beriadah. Maka inilah masanya untuk melakukan semua itu. Pergilah beriadah dan bersukan supaya anda merasa senang tidur dimalam harinya.
Jangan peruntukkan masa untuk berangan lagi dengan bekas suami atau bekas kekasih.
10. Selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan yang telah dilakukannya.
Jika anda masih selalu memikirkan dirinya mungkin susah untuk anda meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya.
Jangan sesekali mengenang segala kemanisan sebab nanti anda akan sakit menanggung rindu dan menjadi gila talak pulak.
Yang berlalu biarlah berlalu, jodoh anda mungkin tidak panjang dengannya tetapi bukan bererti hidup anda sudah berakhir disini. Jangan fikirkan ini yang anda dapat setelah segala cinta dan pengorbanan yang anda berikan padanya, jika anda berfikir demikian anda akan mengasihani diri sendiri dan anda tidak akan dapat meneruskan kehidupan yang masih panjang.
Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya…





   
Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^

Friday, 22 July 2011

100 tanda kematian


100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.







    

Kalau suka, LIKE dan komen. Terima kasih. ^_^